Banyak yang saya temui tetapi agak samar-samar dan kurang yakin tentang cara penyemaian benih dari keratan batang untuk pokok belimbing ini...khasnya belimbing buluh dan belimbing besi
Jika melalui tut dan penyemaian biji benih 98% kejayaan pada hasil semaian . Tetapi melaui kaedah keratan batang ini saya hanya berserah pada Yang Maha Esa.
Medium Tanah yang saya gunakan adalah Tanah gambut bercampur dengan Tanah bakar sepenuhnya, campuran Tanah bakar adalah 1: 3 hanya sedikit Tanah bakar yang saya gunakan bagi tujuan penyemaian secara keratin batang ini..
Tanah bakar yang saya gunakan adalah tulin dan 100% saya buat sendiri....sampah daun buluh dan daun pokok manga , batang buluh dan batang kecil pokok manga,daun kelapa muda yang telah layu.
Saya tidak menggunakan Baja kimia atau bahan penggalak akar bagi tujuan ini. analisa saya pada Tanah bakar dan Tanah gambut buatan sendiri.
Pokok belimbing buluh yang saya jadikan induk, segala benih saya ambil dari pokok ini
baik dari segi tut atau batang
Helmet lama yang tak berguna saya gunakan sebagai menutup bahagian cantasan batang kerana tak sempat untuk mengemaskinikan bahagian potongan dahan tersebut
Dahan yang telah di cantas harus di balut agar tidak membusuk dan tunas tunas baru akan muncul dengan banyak
Kalau pokok belimbing buluh ditanam di tepi rumah, ada kah akarnya akan merosakkan simen rumah.
ReplyDelete