Baja Kompos
Daripada sisa bahan dapur iaitu
kulit bawang, sayuran hijau, kulit manga,kulit pisang
daun pandan dan
daunan kering dari cantasan dahan-dahan pokok
Bahan-bahan seperti ranting kayu,tulang ayam dan tulang ikan saya tidak masukkan
Kulit jagung juga saya campurkan
Bahan-bahan tersebut saya potong halus supaya mudah bagi proses pereputan
Ulat sampah mula ada pada kompos yang saya buat.
Ini adalah kesilapan saya kerana saya tidak membasuh terlebih dahulu bahan-bahan kompos
saya terus racik atau potong halus dan gaulkan kesemuanya
Lalat cepat bertelur
Itulah kesilapan saya dalam proses membuat Baja kompos yang saya lakukan.
Selain dari itu saya juga tidak memastikan bekas kompos saya bertutup rapat
Cara yang paling mudah ialah
Menjemur semua kompos di tempat cahaya matahari yang terik
Abu kayu juga atau serbuk dari gergaji kayu boleh digunakan bagi mematikan ulat-ulat tersebut.
Arang yang halus juga boleh di gaulkan dalam kompos untuk membunuih ulat sampah
Tetapi pada waktu itu semuanya saya tiada
Hanya pancaran cahaya matahari yang terik yang saya gunakan
Setelah kering saya masukkan semula kompos kedalam bakul yang saya tutupi dengan kotak
Ulat sampah telah mati di jemur dari yang dewasa hingga yang kecil
semuanya kering akibat pancaran cahaya matahari yang terik
Saya hanya menggunakan bakul sampah usang sebagai tempat
menyimpan kompos saya.saya letakkan di tempat yang teduh
Antara ulat sampah yang keluar dari kompos yang saya jemur.
Terus terang saya akui...memang susah untuk mendisiplinkan diri bagi mengasingkan sampah berjadual di rumah saya..ini dari hati saya sendiri tetapi perubahan perlu ada sedikit demi sedikit
Jika dahulu hanya buang sahaja kesemua sampah ke dalam tong sampah..kini saya asingkan mengikut keperluannya
Plastik dengan plastic, kaca dengan kaca,
Ini bermaksud saya fikir dahulu sebelum buang
MEMANG agak susah dan rumit pada awalnya.Saya akui
Patutlah pokok JT subur belaka. Rajin buat baja ini semua. Itu yg buat pokok pun suka.
ReplyDeleteRumah kakak sampah-sampah dari dulu dah asingkan sebab kakak jual mana yg boleh re-cycle - intok duit kok dik sopo seng orak arek:) Rong ringgit pun duit jugak hihi...
ulat smph! eii..bab smph x bese lg nk asingkn cmtu..huhu
ReplyDeletewah patutlah menjadi je pokok tuan
ReplyDeleteeee..ulat tu..geli..rajin JT buat baja..kalau byk tanaman dan rajin betanam cam JT ni..sesuailah
ReplyDeletemalas nak asingkan buang je dalam tong sampah dan saya aikatkan...lagipun sampah saya sedikit sahaja.
ReplyDelete